Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menegaskan pasukannya memang berhak menang ke atas Sri Pahang FC di Petaling Jaya, malam tadi berdasarkan persembahan ditampilkan skuad bimbingannya sepanjang 90 minit permainan.

Skuad The Red Giants meraih kemenangan kedua dalam aksi Liga Super musim ini selepas menundukkan skuad Tok Gajah 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Malah, pengendali dari Jerman itu menyifatkan pasukannya juga patut boleh memenangi perlawanan dengan jumlah gol yang lebih besar jika beberapa peluang dapat disempurnakan.

“Pemain melakukan tugas dengan baik terutama pada babak pertama. Saya sangat tertarik dengan persembahan mereka. Kami menguasai lawan, kami sepatutnya jaringkan lebih banyak gol pada babak pertama, tapi apa pun persembahan pasukan sangat bagus.

Similar Posts